assalamualaikum...
post kali nie tentang ahli syurga..
syurga merupakan tempat yang jauh untuk dicapai oleh akal fikiran manusia..
walaupun kita merupakan orang paling bijak, orang paling kreatif, orang yang paling tinggi imaginasinya..
kita tidak akan mampu untuk membayangkan keindahan syurga tersebut..
walaupun kita tidak boleh membayangkan bagaimana bentuk dan rupa syurga tersebut..
kita sebagai seorang muslim wajib untuk percaya akan kewujudan syurga tersebut..
disini ada kisah dimana sekiranya dihayati dan diamalkan insyaAllah dapat membantu kita kesyurga itu kelak...ceritanya lebih kurang cam nie...(klu slah tlg btulkan)
ketika di zaman rasulullah dahulu, sewaktu nabi Muhammad sedang berkhutbah di dalam masjid..
baginda berkata" akan ada seorang ahli syurga yang akan masuk ke dalam masjid ini melalui pintu tersebut".
lalu semua para sahabat tertanya-tanya dan ternanti-nanti siapakah orang tersebut..
kemudian masuklah seorang sahabat dari pintu tersebut. maka tahulah para hadirin yang berada didalam masjid tersebut bahawa itulah ahli syurga yang dikatakan oleh baginda tadi..
pada keesokkan harinya..baginda rasulullah berkata perkara yang sama "akan masuk seorang ahli syurga kedalam masjid ini melalui pintu tersebut". sekali lagi para sahabat dan hadirin yang berada didalam masjid tersebut tertanya-tanya dan ternanti-nanti siapakah orang tersebut. dan kemudian masuklah orang yang sama yang dikatakan semalam. dan pada esoknya baginda berkata perkara yang sama dan orang yang sama juga yang dikatakan sebagai ahli syurga tersebut...
para sahabat yang lain berasa kagum. lalu mereka bertanya orang tersebut apakah rahsia sehingga dia digelar sebagai ahli syurga. lalu jawabnya "wahai sahabat-sahabatku sekalian, aku sebenarnya sama saja dengan kalian semua, tiada apa-apa yang istimewa...apa yang aku lakukan adalah aku akan pastikan diriku membuat 3perkara sebelum aku tidur..."
"pertama...maafkan semua kesalahan yang orang lakukan terhadap diriku"
"kedua...tidak menyimpan dan berdendam dengan sesiapa"
"ketiga...tidak berniat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik untuk esok hari"
sesuatu yang sangat simple namun memberikan kesan yang sangat besar..
marilah kita sama-sama hayati dan amalkan perara ini semoga ianya dapat membantu kita ke jalan syurga yang kita cari2..amin
renung-renungkan~~
p/s:klau ade salah tlg betulkan tuk kebaikan kita bersama..
No comments:
Post a Comment